Loading this book…
Loading this book…
by Rozeman Abu HassanNot on Booklabria yet
‘Mengenali dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah’ merupakan satu hasil penulisan ilmu sejarah yang menjurus kepada penggunaan, pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar dan pembaca terhadap sumber-sumber sejarah. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk memberikan satu gambaran dan kefahaman yang terperinci tentang sumber-sumber sejarah daripada pelbagai aspek pentafsiran. Sumber-sumber sejarah sering kali diterjemahkan dalam beberapa bentuk yang khusus seperti sumber primer, sumber sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan. Namun begitu kefahaman tentang bentuk-bentuk sumber sejarah adalah amat kurang difahami dengan baik kerana usaha untuk memberikan pentafsiran terhadap sumber-sumber tersebut kurang diberi penekanan yang serius. Fokus buku ini adalah untuk menjelaskan tentang kefahaman sumber-sumber sejarah, membincangkan beberapa aspek pengkajian sumber-sumber sejarah dari segi definisi, konsep, jenis, bentuk, dapatan, mengkelas, mentafsir (kritikan sumber), dan bagaimana menggunakan sumber sejarah. Perbincangan dilakukan secara terperinci usaha-usaha ahli sejarah dalam mengesan, mengenal pasti sesuatu sumber pada peringkat awal, peringkat seterusnya kepada proses kritikan sumber dan sehinggalah kepada proses menggunakan sumber-sumber sejarah dalam aspek penyelidikan serta penulisan sejarah.
Content notes
No content warnings recorded yet. Catalog records don't include them, which doesn't mean the book has none.
Book data and covers from Open Library (openlibrary.org).
Editions and their details come from Open Library, as its contributors recorded them. Publisher names are shown as recorded. See this book on Open Library(opens Open Library)